Sunday 22 January 2017

Dowsing rod.


Dowsing adalah kebolehan mencari jawapan dan bukti nyata dengan menggunakan peralatan yang dipanggil Dowsing Rod. Ia digunakan secara meluas pada zaman dahulu sebagai satu alat yang ringkas tetapi AMAT berkesan dalam usaha mencari barang yang hilang seperti syiling, sumber air di bawah tanah, termasuk juga mencari vitamin yang betul serta alat bantuan kesihatan untuk tubuh badan.
Ini termasuklah mengukur AURA seseorang individu. Malah bukan itu sahaja, dowsing rod ini juga dapat mengukur kehadiran unsur negatif ataupun gangguan makhluk halus yang hadir.
Walaupun kegunaan alat dowsing tidak dapat dibukti secara saintifik masakini tetapi ia masih satu alat alternatif yang SIGNIFIKAN dan memberi PENGETAHUAN dan PENGALAMAN yang sangat menarik dalam mengaplikasikannya untuk kegunaan harian kita.
SIAPA BOLEH MENGGUNAKAN DOWSING ROD?
Semua manusia mempunyai kebolehan untuk melakukan dowsing. Terdapat juga sebilangan orang yang begitu sensitif dan akan merasakan tindakbalas dowsing serta merta. Manakala terdapat juga orang yang memerlukan latihan sebelum dapat melihat atau merasakan kesannya.
SIAPAKAH ORANG TERKENAL YANG PERNAH MENGGUNAKAN DOWSING?
Berdasarkan sejarah terdapat ramai dikalangan nama-nama besar seperti Leonardo da Vinci, Robert Boyle, Thomas Edison, Albert Einstein dan Sir Isaac Newton yang menggunakan teknik dowsing dalam bidang masing-masing. Mereka ini adalah nama-nama yang berjaya menggunakan teknik dowsing dengan baik.
KEGUNAAN LAIN DOWSING ROD
DOWSING ROD SEBAGAI ALAT BANTUAN JUALAN
Pada masa kini, Dowsing Rod popular sebagai alat bantuan jualan. Penggunaannya secara meluas mampu meningkatkan jualan sesuatu produk. Bukti nyata apabila ujian pengukuran aura dilakukan kepada sesuatu produk mampu meyakinkan pelanggan kepada kekuatan sesuatu produk itu.
DOWSING ROD SEBAGAI ALAT LIE DETECTOR
Dowsing rod juga digunakan sebagai ujian samada seseorang itu bercakap benar atau bohong!
Untuk tujuan ini, apa yang anda perlu lakukan ialah dengan memegang dowsing rod ke arah rakan anda dan tanyakan soalan padanya. Sekiranya jawapan yang diberikan adalah bohong maka pergerakan dowsing rod akan menguncup ke dalam dan sekiranya jawapannya adalah benar maka dowsing rod akan mengembang ke luar.
Apa kata anda cuba lakukan pada rakan anda!
APAKAH FUNGSI DOWSING RODS?
-Mengetahui size aura barang / haiwan / tumbuhan & manusia
-Mengetahui kualiti air
- Mengesan air dibawah tanah
-Mengesan radiasi bahaya
-Mengesan tenaga negetif / bad energy
-Mengesan niat yang tidak baik pada seseorang
-Mengesan bad energy pada tubuh badan seseorang
-Menentukan gerak hati dengan jelas
BAGAIMANAKAH MENGGUNAKAN DOWSING RODS?
1- Setkan kepanjangan dowsing rod mengikut keperluan dan
keselesaan anda
2- Genggam dengan selesa kedua-dua dowsing rods dengan
jarak sekurangnya 1 inci antara keduanya
3- Kosongkan fikiran dan neutralkan pergelangan tangan
4- Niat dalam hati mahu scan atau ukur tenaga
5- Halakan dowsing rods padanya. Pastikan mata(point) dowsing
rod mengukur daripada bawah 0 darjah
naik perlahan-lahan ke 90 darjah dan menghala ke arah tenaga itu
6- Statikkan pergelangan tangan anda dan biarkan 15 saat untuk dapatkan keputusan
Andabboleh tune dulu dowsing road anda supaya ia memberi jawapan yg tepat pada diri anda.

No comments:

Post a Comment