Sunday 22 January 2017

PENTING sekiranya anda ingin membuka mata ghaib dan sejenis dgnnya..

Nota guru..🤔Ringkasnya..

Adakah ketika anda mengalami proses pembukaan Mata ketiga, anda hanya nampak hantu di sana sini, sedangkan teman seperguruan anda hanya nampak warna-warni yang bersinar di sana sini? JIKA apa yang anda fokus dan pertahankan dalam mata ghaib anda hanyalah berluansakan jin, jin dan jin sahaja maka itulah yg terjadi.Berbeza penampakkan itu sebenarnya tidaklah bermaksud mata seseorang itu lebih superior dari mata yang lain. Mata ghaib seseorang itu dipengaruhi oleh persepsi, kepercayaan dari kecil, cerita-cerita orang sekampung, dan keluasan mindanya.
Di dalam teori Kuantum Metafiazik, berdasarkan sistem Energy, Vibrasi dan Frekuensi, alam semesta ini mempunyai berbagai-bagai lapisan dimensi. Dimensi ini bahkan terletak lebih tinggi dan lebih kuat dari alam jin itu sendiri.
Alam pada setiap dimensi ini, biasanya terdiri dari beberapa kateogri.
Alam dimensi peribadi - Berbeza dan berlapis-lapis tapi hanya valid bagi peribadi sendiri. Alam ini biasanya diakses ketika seseorang mencari kesedaran diri, penjelasan bagi masalah peribadi, mengenal potensi diri, mengenal nafsu dan ego, dan banyak lagi yang tujuannya adalah fokus untuk diri sendiri sahaja. Boleh juga dikatakan sebagai alam untuk mengenal Maqam Nafsu.
Alam dimensi memori - Alam yang biasanya diakses oleh orang yang mempunyai kebolehan Psikometri. Alam ini terdiri dari memori palsu, memori sebenar, dan memori yang sengaja dimanipulasi untuk tujuan tertentu bagi mencipta propaganda. Apa itu memori palsu? Arahan-arahan minda yang dipancarkan berterusan atau diceritakan berulang-ulang sehingga dipercayai oleh ramai orang, sehingga membentuk satu rakaman "video" dan "program keyakinan" pada orang yang sudah menerima inisiatif kawalan minda. (Propaganda New World Order - Tidak akan diceritakan pada tulisan ini, hehehe)
Alam dimensi memori rosak - Biasa dipanggil sebagai "alam roh sesat". Pada dimensi inilah anda yang peka pada getaran energy, dan mudah melihat penampakkan orang yang sudah meninggal dunia, akan melihat banyak memori-memori yang biasanya digelar oleh orang kita sebagai hantu, dari orang yang meninggal kerana kemalangan, sakit kuat yang teruk, banyak dendam, dan urusan yang belum selesai.
Orang tua-tua zaman dahulu memanggil mereka dengan roh yang terseksa, sedangkan para agamawan pula berkeras menyangkal bahawa itu bukanlah roh. Saya tidak berpihak pada mana-mana pendapat, kerana saya melihat penampakkan ini sebagai sebuah memori memandangkan ia tidak melanggar kepercayaan agama, lebih saintifik dan lebih mudah diuruskan melalui sistem frekuensi dari sudut kuantum metafizik.
Memori-memori ini mempunyai sedikit sifat asal mereka, cukup untuk menjelaskan masalah mereka yang dilakukan berulang-ulang, seperti mencari tubuh badan yang hilang di kawasan mereka mati, mencari-cari ahli keluarganya di rumah lama, dan berbagai lagi penampakkan tipikal dari kisah seram anda biasa dengar.
Alam memori kepercayaan - Alam yang paling tricky dan paling banyak mempengaruhi kisah-kisah hantu di seluruh dunia. Di mana, kepercayaan orang ramai, yang disebarkan berulang-ulang, lalu dipercayai baik secara sedar mahupun sekadar lintasan kata, akan mencipta satu gelombang besar di kawasan yang dimaksudkan, lalu menimbulkan FENOMENA KEWUJUDAN MAKHLUK GHAIB di kawasan, department, atau kampung yang dijadikan target cerita tersebut.
Satu contoh lagi yang biasa didengar, pada kes-kes scanning dalam aksi perbomohan atau tilikkan menggunakan ayat suci oleh para perawat yang GEMAR MENUDUH SECARA RAMBANG hanya berdasarkan cerita mulut dan kisah satu sisi dari sisi pesakit semata-mata. Kerana si pesakit "Mempercayai" dirinya disihir oleh orang yang dibencinya, maka keyakinan itu menimbulkan satu rakaman memori palsu, yang biasanya disalah anggap dan dipercayai bulat-bulat oleh perawat yang kurang pengalaman dan jumud bertahan hanya mengakui ilmunya saja yang paling benar. (Akan dihuraikan pada penulisan lain yang lebih teliti)
Alam memori fantasi - Alam ini biasanya diakses ketika seseorang memerlukan rileksasi mental, seperti yang diajarkan oleh sistem Hipnosis Tradisional, (Sistem baharu tidak saya ketahui, dan belum mempunyai update untuk sistem ini lagi) atau terapi melepaskan emosi seperti yang dilakukan oleh beberapa ahli terapi mental.
Alam Memori Semesta (Akashic Record) - Alam dimana tersimpannya berbagai-bagai ilmu, berbagai ilham, berbagai kebijaksanaan. Di sini lah datangnya ilham dan jawapan bagi semua permasalahan, kaedah bagi setiap aplikasi, dan idea-idea yang diproses berganti-ganti dari setiap zaman. Saya tidak berani menulis panjang mengenai dimensi ini, kerana banyak minda belum bersedia menerimanya untuk pengetahuan umum.
Alam Jin- Alam paling rendah, namun banyak dimomok-momokkan dan diperhebatkan kisahnya.
Dan banyak lagi jenis-jenis alam, namun cukup saja dulu buat kali ini.
INGAT
👉Sifat utama minda manusia itu adalah, ia akan cuba menzahirkan dalam penglihatan anda, apa yang ingin anda lihat berdasarkan kemahuan yang dipendam atas keyakinan dalam hati. Ia mempunyai lapisan-lapisan yang sangat banyak, dan disebabkan itu, ada ketikanya anda melihat apa yang hanya anda "niat" kan tanpa disedari melalui minda bawah sedar, yang berbeza-beza dari keyakinan teman anda.
👉Jadi, sekiranya anda ingin membuka mata ghaib, ataupun ingin menjelajah menggunakan kesedaran anda melalui sistem relaksasi, meditasi, meragasukma atau astral projection, yang melangkaui alam fizikal, pada dimensi ini, adalah sangat penting untuk anda membina struktur fikiran, minda, emosi dan fikiran yang baik, ikhlas dan jujur untuk diri anda sendiri, mahupun orang sekeliling.
Ini sangat penting, kerana hanya minda yang tenang, damai, bahagia dan tidak dipengaruhi oleh sebarang emosi yang negatif akan bertahan dalam kesedaran akal yang sihat. Minda yang rosak, kotor dan gemar memanipulasi orang untuk kepentingan diri, hanya akan membuat hidup sengsara dan sudah pastinya alam-alam yang akan diakses, baik menggunakan kaedah ilmu ataupun psikologi, akan dipenuhi oleh kegelapan yang diwakili oleh kesengsaraan, kesakitan dan hilangnya pedoman.
Oleh itu, bagi teman-teman yang sudah membuka, membersihkan dan mengamalkan zikir penembus ke alam jin, hehehehe, nasihat saya usahlah sedih, risau dan murung jika anda tidak mampu melihat jin seperti teman-teman anda. Kerana penampakkan jin itu, bukanlah penanda bahawa mata batin anda kotor atau bersih, melainkan ia hanyalah sekadar isu sinkronisiti dan tahap level serta dominan otak anda semata-mata.
Usahlah membuang masa melakukan solat taubat 20 rakaat tiap-tiap malam semata-mata hanya untuk melihat jin dan masuk ke alam nya yang rendah dan tidak mendatangkan keuntungan itu, sebaliknya lakukanlah amalan anda dengan tenang dan hati yang gembira, maka akan Allah SWT akan bukakan pula alam yang lebih tinggi, mulia, dan membahagiakan buat anda.
Ok bye...😘

No comments:

Post a Comment